Adakah Rindu Ini Satu Anugerah dari Allah Atau Sebaliknya???
Sesungguhnya RINDU itu satu ANUGERAH apabila kena pada tempatnya. Kerana dari rindu timbul pula keinginan untuk mengharapkan cinta dan kasih. Keinginan untuk melakukan apa saja untuknya dan kerananya TAPI ingatlah segala batasan.
Sebenarnya tidak salah untuk kita merindui seseorang kerana ia adalah fitrah semulajadi manusia yang ingin dikasihi dan dirindui. Yang menjadi kesalahan apabila kita meletakkan perasaan rindu yang melampaui batasan sehingga kita lalai dan leka bahawa kita hanyalah hamba mutlak milik Allah.
Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini kerana aku yakin setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Hidup ini memang tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak” Al-Baqarah:216
No comments:
Post a Comment