kawan-kawan cik zara . ^^

Monday, October 24, 2011

HOLIDAY !!

hai all ., lama jugak kan aku tak ber'blog ni ..
so, hari ini.. aku nak story pasal apa yang dah berlaku sejak dua menjak ni ..

alhamdulillah, selepas selesai exam midterm haritu..
keputusan yang aku dapat agak memberangsangkan..
so, aku harap sangat dan aku menaruh harapan yang tinggi agar aku
dapat capai pointer yang aku inginkan selama ni ..

jadi, aku kenalah rajin usaha kan ? :)

dan, syukur juga semester kali ini..
aku dapat arrange masa dengan baik..
takdelah seteruk semester yang lepas-lepas..

lagipun, aku taknak migrain aku datang balik disebabkan
hal yang aku buat sendiri ..
hehe.. nasib badanlah kan ? siapa suruh cari nahas.. ^^

dan aku rasa seronok sebenarnya dengan cuti ni..
sebab memang aku dah lama tunggu..
iye lah.. bila lagi aku dapat merehatkan diri ni kan ..?
asyik sibuk je memanjang ..

dan, sempena aku cuti 5 hari ni..
lecturer sudah pun kasi assignment yang tersangat lah syok..

haha.. jangan mimpi aku dapat rileks lah kan cuti-cuti ni .. :D

jadi.. kesimpulan nya..
cuti ni.. aku terpaksa menghabiskan masa aku dengan assignment.
dan tak lupa juga famiy aku..

hee~ rindulah nak main dengan adik-adik aku dan
juga anak-anak kakak aku yang comel-comel belaka tu .. ^^

Tuesday, October 4, 2011

Adakah Rindu Ini Satu Anugerah Atau Sebaliknya?

Adakah Rindu Ini Satu Anugerah dari Allah Atau Sebaliknya???

Sesungguhnya RINDU itu satu ANUGERAH apabila kena pada tempatnya. Kerana dari rindu timbul pula keinginan untuk mengharapkan cinta dan kasih. Keinginan untuk melakukan apa saja untuknya dan kerananya TAPI ingatlah segala batasan.

Sebenarnya tidak salah untuk kita merindui seseorang kerana ia adalah fitrah semulajadi manusia yang ingin dikasihi dan dirindui. Yang menjadi kesalahan apabila kita meletakkan perasaan rindu yang melampaui batasan sehingga kita lalai dan leka bahawa kita hanyalah hamba mutlak milik Allah.

Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini kerana aku yakin setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Hidup ini memang tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak” Al-Baqarah:216