kawan-kawan cik zara . ^^

Saturday, October 6, 2012

ABAH..

Assalamualaikum dan hai semua para-2 bloggy...

hari ini aku nak cerita sikit pasal seorang ayah. jujur lah aku katakan, aku paling-2 rapat dengan mak aku. kalau nak berkongsi segala masalah aku lebih suka bercerita dengan mak aku. mungkin sebab aku dan mak aku sama-2 perempuan, jadi senang untuk berkongsi segala cerita.. 

aku ni sebenarnya suka berceloteh dengan ayah aku. tapi kalau ada masalah, kadang-2 je baru nak kongsi. itupun tak semua. sebab perasaan aku tu lebih pada takut dengan ayah aku. nak kata ayah aku seorang yang garang, tidak.. ayah aku seorang yang bersifat terbuka, banyak ilmu agama dan sebagainya. tapi entah laa ...

tadi masa aku nampak ayah aku sorang-2, aku saja dekatkan diri, macam biasa aku suka mengusik kedua ibubapa aku. pantang betul nampak dua-2 bersendirian, nanti mesti aku nak kacau. haha.. aku saja cuba-2 tanya soalan, mula-2 satu, lepastu dua, dan seterusnya makin banyak pula. nasiblah ayah aku ni seorang yang penyabar.. sabar melayan kerenah anak-2 dia. aku bertuah mempunyai seorang ayah macam abah aku.

borak punya borak, tak sangka ayah aku ni seorang yang sangatttttt terbukaaaa.... semua sudut dia pandang positif. ya Allah ! selama ni aku tak perasan semua tu. mungkin aku banyak berkongsi dengan umi..

khas untuk abah, dari anakmu ....

abah ,
seandainya abah tahu, fatiha sayang sangat-2 dekat abah.. mungkin selama ni fatiha tak perasan yang abah seorang yang memahami dan sentiasa ambil berat akan semua anak-anak abah. sebab selalunya abah macam tak tunjuk sikap abah yang sebenar.. biasanya pun, fatiha selalu borak-borak biasa je dengan abah, kadang-2 je bila nak minta suatu pendapat baru nak cari abah. fatiha minta maaf kalau abah ada terasa hati dengan fatiha. sejujurnya, fatiha langsung tak ada niat nak buat abah terasa hati...

abah , 
terima kasih untuk selama ni.. abah banyak berkorban untuk anak-2 abah. fatiha kagum mempunyai seorang ayah macam abah. abah dengan umi dah banyak berkorban untuk membesarkan kitorang adik beradik yang seramai 13 orang ni. fatiha sangat kagum dengan kedua-duanya.

abah , 
terima kasih untuk tengah hari tadi juga., abah banyak bagi kata-kata semangat dan positif dalam diri ni. kalau abah tak tolong tadi, mungkin fatiha tak kuat macam sekarang. terima kasih abah.. :')

abah , 
fatiha harap sangat semoga umur umi dan abah masih panjang. fatiha amat memerlukan kedua-duanya buat masa ni.. tanpa umi dan abah, fatiha tak kuat. mungkin fatiha akan tersalah pilih jalan. itu tak mustahil.. tapi fatiha bersyukur.. sebab umi dan abah sentiasa pantau semua adik beradik., umi dan abah sentiasa berlaku adil. fatiha tahu, semua mak ayah kat dalam dunia ni mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya..




p/s : maaf.. malam ni perasaan terlebih emosi pula. apapun selamat malam semua. terima kasih kepada yang sudi menjadi follower blog yang tidak lah seberapa ni. :)


Friday, September 28, 2012

RANDOM...

Assalamualaikum.....





























sesungguhnya saat-saat yang paling membahagiakan adalah bersama dengan keluarga sendiri, dan saudara-mara yang memahami diri kita dan juga kawan-kawan yang boleh bersama saat kita susah mahupun senang.

jadi, hargailah tiap detik yang ada, walaupun seminit sekalipun. tidak rugi kalau kita cuba membahagiakan orang di sekeliling kita.

 tapi jujur aku katakan, kawan sering datang dan pergi. ( tak semua yang macam tu kan? :) ) tapi keluarga sentiasa bersama saat susah mahupun senang, normal kalau ada pertelingkahan antara adik beradik, tapi ia mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. sebab masing-masing keluar dari perut yang sama kan? :)

aku rindu saat-saat ini, tapi masa yang dah berlalu tidak akan berulang, tetapi kita harus usaha yang terbaik dari masa ke semasa. 

kesimpulannya, hargai tiap orang yang pernah hadir dalam hidup kita dengan seikhlas hati dan belajar menerima kekurangan dia, jangan merungut sebab Allah tahu apa yang terbaik bagi kita. percayalah, kalau kita sabar dan redha dengan apa yang Allah beri, nescaya kita akan dapat ganjaran yang kita tidak akan sekali memikirkannya. Subhanallah !

Saturday, September 8, 2012

nasuha - mestica

Assalamualaikum...
dah berkurun tak update blog ni kan? hee . nah, harini just nak kongsi lagu yang zara minat dekat korang.
Kalau nak dengar dengan lebih lanjut , boleh hentikan lagu maher zain kat bawah tu. okey? :)

PadaMu ku serah segala..
Harta sepenuh jiwa raga..
Hanya Kau yang Maha Pemurah..
Meredakan hati yang gundah...
Ya ALLah..

PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak Nasuha..

Ku sesali kealpaan diriku..
Ku tangisi kesilapan lalu...
Walaupun sekali
Tak kan ku ulangi

(chorus)
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMU
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu
Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan ku kembali
Ke jalan redhaMu

Tiada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu Tuhan
Membawaku ke rimbun keampunan
Ya Allah
PadaMu ku serah segala...


Sunday, June 3, 2012

sahabat sejati ?



assalamualaikum...
hari ni selepas bangun pagi, macam biasa aku akan turun bawah dan tengok apa yang ada kat dapur...
memandangkan pagi2 subuh lagi umi dah keluar dengan abang aku pergi hantar adik aku kerja sebab dia masuk pukul 6, jadi aku masaklah nasi goreng.. *tekak aku ni dah tak tahu nak makan apa.. jadi masaklah yang simple2 je.. janji sedap.. wawawa.. sedap ke? :P 
selepas tu, aku pun kemas2 lah rumah, ajak adik2 aku sekali latih diorang semua buat kerja.., senang untuk masa depan masing-masing juga kan, tak rugi kalau menolong.:) 
okay, berbalik pada tajuk.. :) 
apa maksud sahabat sejati? bagi aku lah.. sahabat sejati merupakan teman yang paling rapat dengan kita, sudi menghulurkan bantuan saat kita memerlukan pertolongan, dapat berkongsi masalah, selalu buat kita gembira, dan macam2 lagi yang boleh kita huraikan. ia bergantung pada individu masing2 kan bagaimana nak huraikan maksud tersebut.. ;)
yeah, sekarang aku betul2 dalam mood gembira.. sebab walaupun kawan rapat aku jauh, ada kat terengganu., tapi aku bersyukur sebab Allah telah mengurniakan sahabat sejati pada aku disini.. kebetulan rumah pun dekat.. jadi senang nak berjumpa. tapi ni bukan bermaksud aku lupakan kawan rapat aku yang berada jauh tu, nabila nama dia.. aku sentiasa ingat dia., tak pernah lupa. walaupun dia jauh di mata, tapi dia sentiasa dekat di hati aku.. *aku sayang kau iela. ! :)
sekarang, tiap kali aku sedih, aku sudah ada tempat nak mengadu (parents lainlah.. hari2 aku berkongsi masalah dengan mak aku. tapi ni yang satu kepala dengan aku.. lebih senang kawan yang seusia kita.) jadi dia sentiasa bagi nasihat yang baik2, kata2 semangat dan sebagainya..
orang nya jenis yang ringan tulang, hormat orang tua dan paling penting dia adalah yang jenis kuat agama.. :)
aku betul-betul senang berkawan dengan dia, kebetulan hari lahir kitorang beza satu hari je.. jadi, apa yang aku fikir , sikap aku dan banyak lagi lah sama je dengan dia. cuma kalau bab makan tu ada lah perbezaan disitu.. hehe.. mak ayah aku pun senang dengan sikap dia.aku harap persahabatan yang kitorang jalinkan kekal sampai ke akhir hayat..eh2, lupa nak introduce dia, haa.. nama kawan aku tu Lukhman. :)
note: kalau kau dah kahwin nanti, jangan lupa kawan kau yang kechik ni tau! aku sayang kau macam abang aku. :)

Saturday, May 19, 2012

pejam celik .. masa berlalu dengan cepat ..


assalamualaikum ..

agak lama juga aku tak update new entry kan, bukan tak nak update.. tapi masa aku terlalu sibuk dengan segala kerja yang ada.. sekarang masa aku banyak tertumpu pada belajar dan sementara tu aku ada buat part time job.



sampai tertidur dalam kelas ? ish3 ..ni lah muka orang penat.. tehehe..




memandangkan ini adalah semester yang ke 6, jadi aku tak banyak masa nak enjoy.. lagi2 subjek bagi semester ni agak tough. as u know, minggu depan aku dah exam midterm untuk semester ni. so, aku harap sangat aku dapat buat yang terbaik. doakan aku ye kalian. :)

tidak lupa, aku nak ucapkan terima kasih kepada korang yang wish birthday aku haritu. aku sangat terharu dengan keprihatinan korang semua. terima kasih untuk hadiah tu.. aku suka sangat ! :')



ni hadiah dari abah aku.. akhirnya dapat juga aku merasa benda alah ni.. xD !!





tak sangka umur aku sudahpun mencecah 20 tahun.
ya, aku bukan belas2 lagi.. jadi, aku dah matang .. aku perlu berhati-hati dalam membuat keputusan. :)




ni hadiah dari adik salina .. comel kan ? :)




insya Allah kalau aku ada masa aku akan selalu update blog capuk aku ni..





Wednesday, April 11, 2012

alhamdulillah, akhirnya ....


akhirnya dapat juga aku mengupdate blog ni.. just nak story pasal majlis pertunangan sepupu aku yang sudah lama tidak ku temui..hampir 8 tahun kot.. dan tup..tup.. dapat tahu dah nak bertunang rupanya.. wuhhh.. macam tak percaya je.. :0
mula-mula aku fikir macam main2 je.. tapi sangkaanku ternyata meleset sama sekali..
mana tidaknya.. masing2 sikap lebih kurang, brutal, lasak, nakal dan sama waktu dengan nya.. tahu-tahu dah nak bertunang.. hee~jeles ouh..
apapun, tahniah la syikin, sebab dah jadi tunangan pe joi., harap hubungan korang kekal sampai ke jinjang pelamin..^_^

sepanjang perjalanan nak ke rumah dia, aku boleh terlupa pula mana satu rumah dia, nasib baik aku call, dan mak dia, cik midah tunggu depan lif tu.. huu~ (dahsyat kan aku ni? haha..)
sampai je depan rumah dia.. WHAT ?? purple ?? huhu.. ekceli, aku memang ada plan kalau nak kahwin nanti aku nak tema warna purple, hitam dan putih.. tapi tak ku sangka yang si syikin ni pun suka warna purple juga.. alahai~ banyak nya persamaan kita.. hehehe..

dan, tersangat cantik lah dia punya warna yang dia kenakan.. masa tu syikin nampak lawa sekali.. muka dia berseri-seri.. cantik kawan dia tolong makeup kan. thanks to Hema. :)

yang paling lucu sekali masa tu semua dah berdebat, siapa punya giliran selepas ni.. haha..
al-maklumlah, sepupu-sepupu aku memang ramai perempuan.. so, masing-masing dah tak sabar.. kecuali aku .. hahaha.. *masa ni kena fokus pada study dulu..xD !!

btw, ni ada gambar sepanjang majlis pertunangan dia masa tu.. nice ... ^_^











alhamdulillah, akhirnya majlis pertunangan syikin dapat berjalan dengan lancar ..

p/s: kalau sape2 nak kawin nanti.. jangan lupa jemput aku tau! hehehe..;)


Thursday, April 5, 2012

yang hidup pasti akan pergi jua...

assalamualaikum, hai korang...
malam ni aku tak tahu kenapa... aku nak sangat post entry dengan tajuk yang korang baca kat atas tu..
yes, aku tahu perjalanan hidup seorang manusia kat dunia ni tak lama mana.. suatu hari pasti akan pergi juga menemui Illahi.. kadang-kadang aku terfikir, sudah bersediakah aku untuk menemui Yang Maha Pencipta?? sudah cukupkah amalan aku semua tu?? dan bila aku terlalu banyak fikir..
aku sudah pun mendapat jawapan bagi soalan-soalan tu.. maybe.

dan apa yang aku tahu, beringatlah setiap apa yang kita lakukan, Allah nampak dan Dia Maha Melihat.. kita nak menyorok dekat mana sekalipun, tetap Dia akan tahu juga..

p/s: sebenarnya lah kan, aku sedih sebab baru petang tadi, aku dapat tahu bekas pengetua masa aku sekolah rendah dulu telah pun pergi menemui Illahi, abang aku beritahu yang kelmarin dia pengsan dekat sekolah, dan tak sangka ajal dia dah tiba, hari ni arwah dah pun tiada.. minta jasa baik kalian untuk sedekahkan Al-fatihah dekat arwah ye.. arwah baik orangnya.. :')

Friday, March 30, 2012

cuti-cuti malaysia..

assalamualaikum,..

hai.. korang tahu kan aku sekarang tengah cuti semester.. tapi kan, aku dapat cuti seminggu lebih je.. minggu depan dah masuk semester yang baru.. cepat kan? wuhuhuu~ nak lama lagi .. T.T' *okey ngada .. haha
dan sempena cuti ni, aku sengaja menyibukkan diri aku dengan membantu mak aku buat segala kerja rumah.. something like basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah dan segala hal la.. tapi satu je aku lupa.. ha.. nak kemaskan blog aku ni.. tehee..
betul-betul macam malas.. huhuhu

dan, esok pula sepupu aku akan bertunang.. hee~ cepatnya dorang dah sampai seru, haritu kawan masa sekolah tadika aku kahwin.. aku bila lagi ye? haha.. gatall nok.... :3 maaf, aku memang agak kesengalan bila dapat cuti ni.. harap maklum. :)

tapi, tapi.. esok aku ada hal yang tidak dapat dielakkan, so, to my cousin --> syikin, sorry tak dapat attend ur engaged.. insya Allah nanti wedding kau aku datang ..takmo sedih2 ye.. ;)

hmm, tu je la yang aku nak mengarut hari ni..
jangan marah.. kalau aku free, aku akan rajinkan diri untuk selalu mengupdate blog buruk aku ni .. :D

Saturday, March 24, 2012

Taktik orang kafir nak sesatkan orang Islam..



assalamualaikum dan hai readers...
malam ni tiba2 jadi rajin pula nak mengupdate blog ni..
disebabkan terbaca satu entry yang di invite oleh my adek iza ..




so, aku harap sangat bantuan dari korang .. kalau tak tahu lirik bagi suatu lagu tu..
please.. jangan main nyanyi je.. lagipun risau dengan ayat-ayat yang korang dok sebut-sebut tu,
akan menjadikan korang kufur.. so, please.. check lirik lagu sebelum nak nyanyi okey ? :)

#kalau selalu sebut lebih dari 40 kali, boleh jadi korang akan terkeluar dari agama Islam..
renung-renungkan.. :)

Sunday, March 18, 2012

EXAM !! here i'm coming ....!!!

assalamualaikum, dan hai silent reader ..
see.. tajuk entry kali ni.. esok merupakan exam terakhir bagi semester yang ke 5 ni..
so, aku kena bekerja keras sikit .. huhuhu..

tak boleh malas-malas ..
tak boleh main-main dah ..
sekarang adalah masa untuk aku menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran..

entry kali ni amatlah pendek..
minta jasa baik korang semua doakan aku ye ..:)

ni jadual exam aku :-

FINANCIAL ACCOUNTING IV
MICROECONOMICS
TAXATION I

wuu~ rasa macam nervous je ..
fuu~ fuu~ hope i can try my best !! :)
zara boleh !!

Saturday, March 17, 2012

penat tapi seronok ..

assalamualaikum dan hai readers..
malam ni aku rasa gembira sangat.. syukur alhamdulillah hati aku sudah pun kembali pulih..
segala masalah dah hilang selepas berjogging petang tadi dekat templer rawang.
sambil ditemani oleh adik-adik, kak long dan keluarga dia..

kadangkala aku terfikir.. sampai bila kita nak fikir masalah yang entah bila nak selesai kan?
jadi, aku dah pun tekad, sebab hal ni berkaitan dengan diri aku sendiri..
dan aku harus selesaikan dengan cepat agar tidak membengkak suatu hari nanti..

dan kawan-kawan.. terima kasih atas nasihat anda semua tu..
sentiasa sematkan dalam fikiran.. terima kasih korang.. aku betul-betul rasa terharu dengan keprihatinan korang semua terhadap aku.. :')
tidak lupa juga pada parents aku yang sentiasa bagi semangat dan dorongan tika aku down teruk..
terima kasih umi ! terima kasih abah ! sayang kedua-duanya sampai akhir hayatku ...

oh lupa.. tengah hari tadi, kak long ajak aku dengan adik-adik pergi templer park..
sebab dah lama tak bawa diorang pergi ke sana.. so, alang-alang diorang pergi mandi situ..
aku dan adik aku yang form 2 ni, pergilah jogging kat situ..

yang nak dijadikan cerita, aku dengan syakira, adik form 2, boleh pergi makan nasi sebelum nak berjogging, jadi apalagi rasa sakit yang teramatlah masa berlari tadi.. hahaha..
gasak lah kan, siapa suruh pergi melantak makan nasi dengan aiskrim sebelum berlari..
belum pernah dibuat orang.. huehueheu..

konon-konon tadi nak buat 7 round, tapi aku boleh pancit pula, aku dapat buat sampai 6 round je.. fuh!! semput !! hehehe .. al-maklumlah dah lama tidak terbabit dengan sukan sejak dah habis sekolah ni.. badan pun dah berat.. kalau tahu dek kawan-kawan yang kenal aku .. mahu kena gelak dengan diorang.. wuhuhu~ >.<

lepas semua dah mandi, puas bermain .. kitorang pun kemas-kemas lah barang nak balik rumah.. tapi, sebelum tu nak hantar adik aku, akmal ni pergi kerja kat Peransang Templer.
dia masuk pukul 8, tengok jam masih awal.. dan abang iparku terus bawa kitorang semua pergi ke pasar malam kat jalan tunku Abdul Rahman.. dekat sana, macam-macam ada lah.. aku apalagi cuci-cuci mata kat situ.. tidak lupa, aku mesti akan beli something .. itu wajib bagi aku.. hehe.. dan aku tahu, kat luar sana semua girl sama je kan ? tidak sah kalau pergi kat shopping complex, kedai-kedai , dan mana -mana tempat yang sewaktu dengannya mesti akan beli something untuk korang.. betul tak ? haa.. jangan menidakkan .. ini realiti.. hahaha..

okay, bila dah puas berjalan, tangan pun dah penuh dengan barang-barang dan makanan..
kitorang pun pulang, sampai je rumah .. jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam..
huu~ letihnya badan ni.. balik je tadi , aku terus bantai landing baik punya kat katil.. dan...
alamak!! baru teringat .. makanan kegemaran aku LAKSA, dah memanggil-manggil aku untuk memakannya.. hehehe.. mana boleh tinggal .. wajib tu.. dan hari ni memang aku enjoy sangat-sangat !! :D

terluka..



tiap kali duduk bersendirian hati ini seringkali berkata-kata..
sampai bila aku harus menipu diri aku sendiri??
cuba mengelakkan apa yang dah terjadi.. suka memejamkan mata dan memekakkan telinga.. seolah-olah macam tiada apa yang berlaku..

diluar, mungkin orang selalu nampak aku tersenyum.. tapi hati yang terluka., tiada siapa pun yang tahu.. jangan ingat aku selalu gembira.. kadang-kadang aku pun ada menghadapi masalah.. tapi seboleh-bolehnya aku cuba menyorokkan apa yang berlaku.. aku tak nak orang sekeliling aku risau terutama mak ayah aku.. tapi semua buat macam tidak endah, suka menyakitkan hati aku..
kenapa? kenapa bila kita buat baik pada orang, tapi ini balasan yang kita dapat??

manusia.. memang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.. aku tahu..
kadang-kadang aku berlagak macam tiada apa yang berlaku..
tapi setiap apa yang kau lakukan itu.. sudah cukup membuatkan hati aku terluka..
cukuplah.. tolong jangan babitkan orang yang berada di sekeliling aku terkena dengan perbuatan kau tu..



satu pesanan dari aku.. ingatlah apa yang kau buat tu, suatu hari nanti akan berbalik pada kau..
aku harap kau sedar semula.. janji Allah itu pasti..
terima kasih atas segalanya..

Saturday, March 3, 2012

Selamat Hari Lahir Umi !!!


Assalamualaikum dan hai silent readers.. :)
entry kali ni adalah hal yang berlaku kelmarin.. maaf sebab lambat update.. saya sibuk. huhu..
pada hari khamis bersamaan 1 MAC 2012 merupakan hari lahir ibu aku. actually kat rumah aku memang panggil kedua ibubapaku dengan panggilan umi & abah. manja kan? hehe..

okey, berbalik pada tajuk, hari khamis lepas adalah hari lahir umi., jadi masa bangun dari tidur aku, aku terus turun bawah seperti hari-hari biasa , bantu umi macam biasa lah kan. Jadi aku sengaja peluk, cium dan wish hari lahir dia.. dan umi jadi kaget sekejap dengan perlakuan aku tu... hehehe.. mungkin terperanjat sebab aku tak beri salam terlebih dahulu.. then main terjah je .. selepas tu, umi pun tersenyum. Dan aku sempat pesan dekat adik-beradik aku supaya wish birthday umi..

Tapi kan.., masa hari khamis lepas aku ada kelas dari pagi sampai petang. Jadi tak dapat nak celebrate birthday umi.. Sedihnya .. T.T .. Tambahan pula, kakak-kakak dan abang-abang aku kerja pula.. to abang shahit -BILA NAK BALIK RUMAH ? Janji nak datang semalam .. adikmu dah rindu sangat tau! :(

So, kelmarin hanya sekadar ucapan saja yang dapat aku dan adik-beradik lain berikan.. hmm , takpelah.. Lagipun aku dah plan dengan kakak aku, nanti nak buat surprise untuk umi.. hehehe.. tunggu dan lihat saja. Walau apapun yang berlaku.. kitorang nak umi tahu yang anak umi semua ni sayang dekat umi sangat-sangat.. :')

Terima kasih umi, sebab melahirkan aku ke dunia ni, menjaga dan memberi didikan yang sempurna pada kitorang semua.. tanpa umi, aku tidak akan dapat melihat ciptaan Illahi yang indah ni. tiha sayang umi !! :')


Thursday, February 23, 2012

berjalan tanpa henti ..

assalamualaikum dan hai u alls ...
dah berapa lama aku cadang nak post entry baru.. tapi asyik busy je kan..
al-maklumlah student .. hehe .. *jangan jadikan student tu sebagai alasan (bak kata member aku.. ngehehe..)

okay-okay ... post entry untuk kali ini adalah 'berjalan tanpa henti'.
haa.. mesti korang pelik kan kenapa aku post guna tajuk ni ..
meh sini ceq nak habaq sikit .. *haa.. keluar dah loghat utara tu.. hehe
hal ini disebabkan dua tiga hari yang lepas..
dalam sibuk-sibuk untuk menyiapkan assignment yang lecturer kasi..
aku pergilah search kat youtube.. mana lah tahu ada lagu baru ke apa kan.. actually aku bosan. sebab dah lama tak update apa-apa pasal lagu baru ni.. asyik membusykan diri je. padahal tak busy mana pun. saja je tu .. huahuahua ..XD

so, sibuk tekan sana sini, aku terjumpa lah satu kumpulan nasyid yang baru nak meningkat naik ni.. nama kumpulan tu DEVOTEES .. (err~ betul ke ejaan aku ni.. )
pastu, aku bukak lagu baru dia ni.. macam best.. so layan lah ..
fuuh~ feeling habis.. memang betul-betul bermakna lah ..
apalagi korang, jum layan lagu ni..
penat-penat tau aku mengdownload semata-mata nak masukkan ke dalam blog masyem aku ni.. hehehe ..



rajin-rajin kan lah diri korang untuk mendengar lagu ni ye.. gerenti jatuh cinta beb .. huahuahua .. tambah-tambah bukan lagu je sedap .. tapi, orangnya pun hensem juga tu .. ohsemm ! zara dah jatuh cintan lahh .. kikiki ..

so, kalau korang nak tahu pasal kumpulan ni dengan lebih lanjut ..
rajin-rajin kan lah diri untuk search kat pak google tau ! pak google tu kan kaya raya .. aku tak tahu bila pak google dah tua nanti harta dia jatuh kat tangan siapa ..
tapi .. tapi .. dia tu boleh tua ker ? haa .. jawap ! jawap ! kalau korang semua pandai .. hehehe

okay, memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 2.14am.. aku nak stop kat sini dulu.. nanti aku makin merapu meraban pula .. gara-gara mata yang degil tak mahu dengar cakap ni ..
*haish ! geram betul .. haha .. papai u alls . ;)

Thursday, January 26, 2012

si comey ??

assalamualaikum, dan hai readers ! =)

uhh, seriously aku geram betul dengan si comey ni .. haha ..
time-time camni la kann kau nak muncul ?! err~
geram ! geram ! aku rasa macam nak picit-picit je si comey ni .. hahaha

orang lain semua dapat cuti lama, muka bersih je kann ?
tapi aku ?? grr~ sudah lah banyak assignment , pastu keluar pula ni haa si comey ..
memang tak patut lah kann ..
hui, comey ! aku tak suruh pun kau datang .., ish, tak suka betul lah .. datang sudah lah tidak berjemput, pastu tak reti-reti nak balik kann .. huwaa .. :'(
tak suka lah dengan kau .
merajuk kejap dengan kau !! haha .. *mengada betul

okey, itu je kot yang aku nak bebel ni ... :D
haa, kalau pandai ce teka apa si comey yang aku maksudkan ni ? ^_^

Monday, January 23, 2012

Indahnya Saat Itu .


Assalamualaikum, hai korang !!
dah lama kan, aku menyepi .. so ..
hari ini aku pun tak tahu kenapa mood aku baik sangat nak update blog nie ha .. hehe ..

okay, jum baca ayat madah ni ..

indahnya saat itu ..
tika aku memasuki zaman persekolahan,
bermula dengan berkenalan dengan ramai orang..,
mengenali huruf A - Z , nombor 123, dan sebagainya ..

kemudian, usia pun makin menginjak dewasa ..
aku mengenali apa
itu kehidupan ..
macam mana rasa suka dan duka, tangis dan tawa,
senda gurauan bersama dengan orang2 yang kita sayang ..

aku masih ingat, tika aku berada di sekolah rendah ,
masa tu aku darjah 6,
berjanji dengan kawan2 akan sentiasa saling mengingati satu sama lain,
walaupun dah tak sama tempat belajar ..
berjanji akan bertemu kembali jika ada jodoh yang panjang ..

kemudian, aku mula memasuki zaman sekolah menengah ,
mula2 memang agak janggal ..
disebabkan semua kawan2 berfikiran agak matang .
dan aku, jenis yang agak kebudak-budakkan sikit ..
so, hari demi hari , masa pun berlalu begitu sahaja ..
aku sudah pun mula membiasakan diri dengan cara mereka semua ..

sampai tingkatan 5,
tahun yang akan menentukan masa
depan aku .,
sama ada aku lulus SPM atau tak ?

akhirnya .. syukur alhamdulillah,
aku dapat sambung belajar ke peringkat diploma ..
keputusan aku pun agak memberangsangkan .

-> okay ! aku dah mula merepek ni ..
haha ..


yang sebenarnya aku nak beritahu yang aku tersangatlah rindu zaman persekolahan dulu ...
zaman masa aku jadi budak2 dulu, betapa nakal nya masa tu ..
korang pun mesti ada juga kan kenangan yang korang tak boleh lupa ??
haa .. kan ? kan ? hehe ..

aku rindu dengan kawan2 masa sekolah ,
tapi sekarang bila semua dah sambung belajar kat lain2 tempat ..
punyalah agak susah nak jumpa ,
masa cuti semua tak sama ..
asyik berlanggar je timing tu .. huhu ..

doaraemon !!
nak pinjam pintu masa anda tu !
aku nak kembali ke masa silam ni !!
hahaha ..


hee , kenapa muka adik sedara aku ni lagi matured dari aku nih ?? haha