kawan-kawan cik zara . ^^

Wednesday, April 11, 2012

alhamdulillah, akhirnya ....


akhirnya dapat juga aku mengupdate blog ni.. just nak story pasal majlis pertunangan sepupu aku yang sudah lama tidak ku temui..hampir 8 tahun kot.. dan tup..tup.. dapat tahu dah nak bertunang rupanya.. wuhhh.. macam tak percaya je.. :0
mula-mula aku fikir macam main2 je.. tapi sangkaanku ternyata meleset sama sekali..
mana tidaknya.. masing2 sikap lebih kurang, brutal, lasak, nakal dan sama waktu dengan nya.. tahu-tahu dah nak bertunang.. hee~jeles ouh..
apapun, tahniah la syikin, sebab dah jadi tunangan pe joi., harap hubungan korang kekal sampai ke jinjang pelamin..^_^

sepanjang perjalanan nak ke rumah dia, aku boleh terlupa pula mana satu rumah dia, nasib baik aku call, dan mak dia, cik midah tunggu depan lif tu.. huu~ (dahsyat kan aku ni? haha..)
sampai je depan rumah dia.. WHAT ?? purple ?? huhu.. ekceli, aku memang ada plan kalau nak kahwin nanti aku nak tema warna purple, hitam dan putih.. tapi tak ku sangka yang si syikin ni pun suka warna purple juga.. alahai~ banyak nya persamaan kita.. hehehe..

dan, tersangat cantik lah dia punya warna yang dia kenakan.. masa tu syikin nampak lawa sekali.. muka dia berseri-seri.. cantik kawan dia tolong makeup kan. thanks to Hema. :)

yang paling lucu sekali masa tu semua dah berdebat, siapa punya giliran selepas ni.. haha..
al-maklumlah, sepupu-sepupu aku memang ramai perempuan.. so, masing-masing dah tak sabar.. kecuali aku .. hahaha.. *masa ni kena fokus pada study dulu..xD !!

btw, ni ada gambar sepanjang majlis pertunangan dia masa tu.. nice ... ^_^











alhamdulillah, akhirnya majlis pertunangan syikin dapat berjalan dengan lancar ..

p/s: kalau sape2 nak kawin nanti.. jangan lupa jemput aku tau! hehehe..;)


Thursday, April 5, 2012

yang hidup pasti akan pergi jua...

assalamualaikum, hai korang...
malam ni aku tak tahu kenapa... aku nak sangat post entry dengan tajuk yang korang baca kat atas tu..
yes, aku tahu perjalanan hidup seorang manusia kat dunia ni tak lama mana.. suatu hari pasti akan pergi juga menemui Illahi.. kadang-kadang aku terfikir, sudah bersediakah aku untuk menemui Yang Maha Pencipta?? sudah cukupkah amalan aku semua tu?? dan bila aku terlalu banyak fikir..
aku sudah pun mendapat jawapan bagi soalan-soalan tu.. maybe.

dan apa yang aku tahu, beringatlah setiap apa yang kita lakukan, Allah nampak dan Dia Maha Melihat.. kita nak menyorok dekat mana sekalipun, tetap Dia akan tahu juga..

p/s: sebenarnya lah kan, aku sedih sebab baru petang tadi, aku dapat tahu bekas pengetua masa aku sekolah rendah dulu telah pun pergi menemui Illahi, abang aku beritahu yang kelmarin dia pengsan dekat sekolah, dan tak sangka ajal dia dah tiba, hari ni arwah dah pun tiada.. minta jasa baik kalian untuk sedekahkan Al-fatihah dekat arwah ye.. arwah baik orangnya.. :')