kawan-kawan cik zara . ^^

Friday, September 28, 2012

RANDOM...

Assalamualaikum.....





























sesungguhnya saat-saat yang paling membahagiakan adalah bersama dengan keluarga sendiri, dan saudara-mara yang memahami diri kita dan juga kawan-kawan yang boleh bersama saat kita susah mahupun senang.

jadi, hargailah tiap detik yang ada, walaupun seminit sekalipun. tidak rugi kalau kita cuba membahagiakan orang di sekeliling kita.

 tapi jujur aku katakan, kawan sering datang dan pergi. ( tak semua yang macam tu kan? :) ) tapi keluarga sentiasa bersama saat susah mahupun senang, normal kalau ada pertelingkahan antara adik beradik, tapi ia mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. sebab masing-masing keluar dari perut yang sama kan? :)

aku rindu saat-saat ini, tapi masa yang dah berlalu tidak akan berulang, tetapi kita harus usaha yang terbaik dari masa ke semasa. 

kesimpulannya, hargai tiap orang yang pernah hadir dalam hidup kita dengan seikhlas hati dan belajar menerima kekurangan dia, jangan merungut sebab Allah tahu apa yang terbaik bagi kita. percayalah, kalau kita sabar dan redha dengan apa yang Allah beri, nescaya kita akan dapat ganjaran yang kita tidak akan sekali memikirkannya. Subhanallah !

Monday, September 17, 2012

N.O.T.H.I.N.G ...............

Tepat pukul 12.09 am. Tapi mata ni masih tak pejam-2 lagi. Tetap celik... Hmm.. aku insaf. Jujur.. Aku ingin bangkit dan meneruskan kehidupan dengan adaNya Dia (Allah swt). Aku ingin menjadi muslimah sejati. Hati aku ni hanya ada Allah, parents aku dan family aku sahaja.

Cukup !

Aku tak mahu sesiapa cuba-2 untuk menakluki hati aku. Biarlah hanya yang layak untuk mendapatkan hati aku ni.

Ya Allah ! Izinkan aku mendapat keredhaanMu dalam meniti hari-2 yang mendatang. Cukuplah dengan hanya mendapat kasih sayang dari Mu. :')

Saturday, September 8, 2012

nasuha - mestica

Assalamualaikum...
dah berkurun tak update blog ni kan? hee . nah, harini just nak kongsi lagu yang zara minat dekat korang.
Kalau nak dengar dengan lebih lanjut , boleh hentikan lagu maher zain kat bawah tu. okey? :)

PadaMu ku serah segala..
Harta sepenuh jiwa raga..
Hanya Kau yang Maha Pemurah..
Meredakan hati yang gundah...
Ya ALLah..

PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak Nasuha..

Ku sesali kealpaan diriku..
Ku tangisi kesilapan lalu...
Walaupun sekali
Tak kan ku ulangi

(chorus)
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMU
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu
Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan ku kembali
Ke jalan redhaMu

Tiada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu Tuhan
Membawaku ke rimbun keampunan
Ya Allah
PadaMu ku serah segala...