kawan-kawan cik zara . ^^

Sunday, January 31, 2010

new comer ...

esok aku dah start kerja dekat hari-hari. hope, aku okey kerja dekat situ. hmm, dah lama juga aku tak dengar khabar dari kawan-kawan aku. maybe, semua buzy dengan kerja. huu~ tak sabarnya nak sambung study. result keluar bulan 3 nie. adoy~ hope aku dapat target mana subjek aku suka. umi pun harap sangat aku dapat sambung belajar. sayang betul aku dekat umi. yela, after aku habis exam spm, umi selalu juga beri advice kat aku. semoga aku dapat tunaikan impian umi yang mahu lihat anak-anak dia berjaya dan dapat pelajaran yang tinggi. aku berterima kasih sangat dekat parents aku coz dorang dah banyak jasa pada kitorang adik-beradik . aku kagum dengan sikap mereka yang tak pernah membeza-bezakan kasih sayang mereka pada kitorang. after this, aku dah malas nak fikir kemana aku nak pergi. buat pening kepala je. bole jadi migrain uh! hehe..so, pasny aku tak mahu hidup tension-tension lagi. aku nak happy sahaja. aku sayang dekat orang yang sayang aku.. miss la kt korang.!(",)

Sunday, January 17, 2010

Rindunyer...

rindunyer zaman persekolahan, rindu dgn cikgu-cikgu yg byk mgajar aku, rindu dgn suasana bilik darjah, rndu dgn kwn-kwn & rindulah ... hehe..
rasa mcm nak sje masuk skolah semula.. padan muka , dulu umi abah antar aku pergi sekolah, aku bukan stakat belajar shj. malah, pernah juga aku ponteng kelas.. hehe..(nakal btul an?? ..)
but, skali shj la.. itu pun di sebabkan aku benci dengan subjek tu..
nak tau tak ape subjek yang paling aku tak suka?? hmm, subjek addmath lah.. banyak sgt formula yang kena hafal.. mau botak kepala aku hendak ingat semua formula tersebut..
tambahan, subjek tu banyak sangat jalan kerja.. tp, itu dulu... sekarang, baru rase menyesal sbb pernah malas belajar subjek tersebut.. betapa ruginyer diri aku ni.. jika 1 hari nnti, aku dapat melanjutkan pelajaran.. aku tak nak ponteng kelas lagi. walaupun, subjek tersebut susah macam mana skalipun. aku akan berusaha sehingga aku dapat menguasai subjek itu. aku nak belajar.. aku suka sangat dengan buku. memang aku tak boleh hidup tanpa buku di sisi.. hmm.., sikap aku begini maybe drpd kecil lagi umi abah dah latih anak-anak mereka dgn ilmu. sampai skrg, aku mmg suka dgn buku. coz, dr buku lah aku dpt m'perolehi ilmu.. ilmu itu cahaya kehidupan. so, aku mahu menuntut ilmu until my last breath. dats my promise . ^_^


lelaki idaman saya ..


Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

Sunday, January 3, 2010

sayang mak sgt-sgt


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu,

“Tak payah” katanya
“Biar mak yang buat nanti lain rasanya”.

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan hari raya bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera. Memang berselera semua sukakan nasi goreng mak. Mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku…

“Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu”
Seraya tu abang ku bertanya, “Siapa tak makan lagi nasi ni”.
Aku menjawab “Mak belum makan apa lagi tu.”

Mak dengan bersungguh menjawab, “Ehh mak tak mau…tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi…”

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati.

“Oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya…”

Bila semua dah pulang, aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. Lantas aku tanya,

“Mak nak apa… Nak ambilkan…”
“Takpa nak rasa ni sikit.”

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.

YA RABB Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah dosanya. Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN…

Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Joshua Lee.

kenapa perempuan mudah menangis??

suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Friday, January 1, 2010




ta sgke da msuk taun baru .. cpat je asenye mse berlalu .. ase rndu pula nan kwn2 aq .. masing2 da bwk haluan sndri.. but, aq hope sgt smoge p'shbtn kte kekal slame - lme nyer.. susah na jmpe kwn sebaek korg.. if ade mse cntact2 lah ye.. erm, cter psl taun 2010 ny.. pe azam aq yew?? hehe .. masing2 da ade azam .. aq pula still b'fikir .. ha' .. azam aq taun ny adlah aq hope sgt taun ny taun bertuah bg aq.. n hope aq dpt smbung stdy .. aq ta mo cdeyh2 ag n ngat prkre yg menyedihkn yg pnah berlaku at aq .. aq na epy je.. n na siyes tyme kjew .. as i cn do well ..

rahsia bulan kelahiran


JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk di rumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik