kawan-kawan cik zara . ^^

Tuesday, November 29, 2011

Study ! Study !



hello readers ! =D
hai .. tak ku sangka begitu cepat kan masa berlalu ..
sekejap sahaja aku dah nak habis semester 4.
lagi berapa minggu saja lagi ..

jadi, aku kena bersedia mulai hari ni ..
study ! study ! dan study !
huu~ aku nak capaikan target aku dari awal semester lagi .
jadi aku kena usaha sungguh2 ..

no Facebook2 , no Chatting2 .. hehe
series, cewah ! haha ..

so all my friend, doa kan lah untuk saya ye ! hehe ..
dan kepada yang sudah wish tu,
jutaan terima kasih kat korang semua ..

sekian .. :D

kata-kata semangat untuk diri sendiri =)

Saturday, November 26, 2011

Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun Hijrah

Menjelang 26 November 2011, pada waktu malamnya adalah tahun baru Islam bersamaan 1 Muharram 1433 hijrah (hari pertama bagi Islam adalah sesudah masuk maghrib manakala hari pertama bagi orang kafir jatuh pada 12 malam). Disarankan kepada pesakit yang terkena sihir atau baru sembuh sihir untuk membaca doa ini.

Kaifiat amalannya ialah selepas selesai solat maghrib, maka dibaca doa ini seisi keluarga. Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. Serta daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya. Selain itu, ia juga menjadi pendinding yang ampuh untuk masa-masa akan datang Insya Allah. Ini adalah Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun


Doa akhir tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya :
Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


Doa awal tahun


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya :
Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


Dengan itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk membaiki diri kita ke arah kebaikan .. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada segala musibah di dunia ini. Wassalam. :)

Monday, November 14, 2011

10 SIFAT WANITA YANG PERLU LELAKI FAHAM

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.


Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.



Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.


Persoalannya, apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?



Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.



SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.



CEREWET
Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.



HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.



IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.



PERASAAN
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.



PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.



MANJA
Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.



EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



CINTA
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.



Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!



SEKS
Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.



Soalan : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?

Friday, November 11, 2011

Makan Lagi .?

hai all ., hari ni pun seperti semalam,
selepas kelas habis.. aku dan kawan-kawan pergi makan kat secret recipe .
sebenarnya aku pun tak tahu.. kenapa kebelakangan ni
aku dengan kawan asyik makan saja .. huhu
mungkin hari makan sedunia kot .

jum tengok pic ni -->


lawa kan tempat ni .. tenang je .. ^^




oke, now korang abaikan muka aku yang mengadap ke bawah tu .. haha .

huu~ perasan tak ada perbezaan kat muka aku tu ..
oke, seriously, aku dah makin T.E.M.B.A.M !

huhu ..
inilah akibat daripada makanan tersebut ..
asyik makan tak berhenti saja ..

yeah, aku dah GUMUK ..
><"


Wednesday, November 9, 2011

Makan Makan ..


hai semua .. :)

hari ini merupakan hari yang cukup bertuah bagi aku ..
semalam duit ptptn bagi semester ni baru masuk,
dan tidak ku sangka, hari ini ada orang belanja makan free ..

huu~ nak-nak dapat makan pizza pulak tu ..
ha, ni dia .. dari Domino lagi taw ! ^^,



nampak tu, siap aku bagi logo lagi .. hehe ..

emm, makanan dia pun boleh tahan lah sedap juga ..
jum tengok apa yang aku makan tadi .. :D


ni chicken pizza, huu~ sedap wok ..



ni pula pepper chicken domino .. wah .. sodapp aih !!



dan ni pula lasagna .. tengok je macam ni, tapi makan..
aishh .. memang tak cukup lah. rasa macam nak beli lagi je .. haha ..

kuat kan aku makan, hee .. jangan pelik ..
aku memang macam ni ..

dan yang terbaik, mestilah kawan aku Nadia dan Kak Maya
yang sanggup melayan sikap aku ni ..
terima kasih korang , sayang ketat-ketat taw !

nanti kalau free , kita makan besar lagi eyh ? hehe .. ^_^




Sunday, November 6, 2011

Raya Haji !


assalamualaikum, hye readers !
hari ni tiba-tiba aku ada mood nak
mengupdate blog ni ..
entah apa angin aku pun tak tahu .. hehe ..

okay, korang dah nampak kan entry kat atas tu ?
haa .. ni dia.. aku nak cerita sikit al kisah yang terjadi pada hari ini ...

pagi tadi, selepas semua orang dah selesai sembahyang raya .,
aku menolong mak aku kat dapur surau tadi ..
membasuh2 semua barang2 yang dah digunakan, dan sebagainya ..

entah macam mana, sedang asyik aku membasuh,
kat depan dah riuh rendah ..
aku fikirkan kenapa, ? sekali makcik sebelah aku ni cakap yang
lembu terlepas ..

so, apalagi, masing-masing nak jadi hero .. konon-kononlah nak pergi tangkap lembu tu ..
entah macam mana, ada dua orang ni kena tanduk ., terpelanting jugak lah .. hehe ..
dalam kesian, aku tak dapat nak tipu dirisendiri .. tergelak jugalah ..
sebab memang agak lucu ..

dan paling kelakar, seorang pun tak berani nak tangkap lembu tu .,
then , ada sorang pakcik ni. pesan kat adik2 aku,
supaya tukar baju .. lagipun, kebetulan adik2 aku tadi pakai baju melayu warna merah ..

haa .. nasib lah kan, kalau ada yang kena kejar .. hehe ..
lembu tu pun, rileks je aku tengok,
melenggang saja, (huh, poyo lew tu .. hehe ..)
tapi sempat buat tawaf tu .. keliling surau dan padang ..
alhamdulillah, baik nya lembu tu kan ? ^_^

dan, kebetulan abang ipar aku lalu .. dia lah yang pergi kejar lembu tu ..
baik nya .. :D hehe ..
dan akhirnya.. lembu tersebut berjaya di tangkap.. dan
sudah masak pun..


haa.. tengok, dah kena sembelih .. hehe

brr .. alhamdulillah.. kenyang perut den ni ha.. hehe ..

tapi kan, aku baru teringat yang hari ni ada kawan aku buat open house
kat tasik puteri ..
huu ~

"MIA, ZARA MINTA MAAF SEBAB TAK DAPAT HADIR .. LAGIPUN, PAGI TADI ZARA DAH MINTA IZIN KAT MAK, THEN TAKDE ORANG DAPAT HANTAR .. SEMUA SIBUK .. SORRY YE .. INSYA ALLAH KALAU ADA REZEKI KITA JUMPA YE . ? :)"

okay, sampai sini je yang dapat aku ceritakan ..

Tuesday, November 1, 2011

VIRUS FACEBOOK LAGI ???

untuk kesekian kalinya...
facebook aku kena virus lagi...

arghh !! geram nye nok !
hang tahu tak, dengan lappy ni lah yang aku selalu buat assignment ... !!!

sedih, geram, marah ..
semua perasaan aku bercampur baur ..
aku dah tak tahu nak lepas kan kat mana..
so, alang - alang blog ni pun dah macam diari aku..
so , kat sini lah tempat aku mengadu semua perasaan aku ni ...

honestly, aku bukan nya suka bukak im kat bawah tu ..
nanti macam ni lah jadi ..
mesti masuk virus ..

hee~ siapalah punya angkara tu kan ??
kejam betul lah !
macam takde kerja lain je kau nak buat kan ??

asyik nak hantar virus je ...... !!!!!

hah, ni aku nak tunjuk sikit ..
rasa-rasa macam muka kau tak ??



ha, mesti sama kan ?? haha ....

wei.. fed up lah !!
cukup-cukup lah hantar virus tu .
okey ?

p/s : sorry hari ni mood aku memang tak baik..
itu pasal nak mengamuk je.. haha ..

OKBAI !!