kawan-kawan cik zara . ^^

Friday, March 30, 2012

cuti-cuti malaysia..

assalamualaikum,..

hai.. korang tahu kan aku sekarang tengah cuti semester.. tapi kan, aku dapat cuti seminggu lebih je.. minggu depan dah masuk semester yang baru.. cepat kan? wuhuhuu~ nak lama lagi .. T.T' *okey ngada .. haha
dan sempena cuti ni, aku sengaja menyibukkan diri aku dengan membantu mak aku buat segala kerja rumah.. something like basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah dan segala hal la.. tapi satu je aku lupa.. ha.. nak kemaskan blog aku ni.. tehee..
betul-betul macam malas.. huhuhu

dan, esok pula sepupu aku akan bertunang.. hee~ cepatnya dorang dah sampai seru, haritu kawan masa sekolah tadika aku kahwin.. aku bila lagi ye? haha.. gatall nok.... :3 maaf, aku memang agak kesengalan bila dapat cuti ni.. harap maklum. :)

tapi, tapi.. esok aku ada hal yang tidak dapat dielakkan, so, to my cousin --> syikin, sorry tak dapat attend ur engaged.. insya Allah nanti wedding kau aku datang ..takmo sedih2 ye.. ;)

hmm, tu je la yang aku nak mengarut hari ni..
jangan marah.. kalau aku free, aku akan rajinkan diri untuk selalu mengupdate blog buruk aku ni .. :D

Saturday, March 24, 2012

Taktik orang kafir nak sesatkan orang Islam..



assalamualaikum dan hai readers...
malam ni tiba2 jadi rajin pula nak mengupdate blog ni..
disebabkan terbaca satu entry yang di invite oleh my adek iza ..




so, aku harap sangat bantuan dari korang .. kalau tak tahu lirik bagi suatu lagu tu..
please.. jangan main nyanyi je.. lagipun risau dengan ayat-ayat yang korang dok sebut-sebut tu,
akan menjadikan korang kufur.. so, please.. check lirik lagu sebelum nak nyanyi okey ? :)

#kalau selalu sebut lebih dari 40 kali, boleh jadi korang akan terkeluar dari agama Islam..
renung-renungkan.. :)

Sunday, March 18, 2012

EXAM !! here i'm coming ....!!!

assalamualaikum, dan hai silent reader ..
see.. tajuk entry kali ni.. esok merupakan exam terakhir bagi semester yang ke 5 ni..
so, aku kena bekerja keras sikit .. huhuhu..

tak boleh malas-malas ..
tak boleh main-main dah ..
sekarang adalah masa untuk aku menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran..

entry kali ni amatlah pendek..
minta jasa baik korang semua doakan aku ye ..:)

ni jadual exam aku :-

FINANCIAL ACCOUNTING IV
MICROECONOMICS
TAXATION I

wuu~ rasa macam nervous je ..
fuu~ fuu~ hope i can try my best !! :)
zara boleh !!

Saturday, March 17, 2012

penat tapi seronok ..

assalamualaikum dan hai readers..
malam ni aku rasa gembira sangat.. syukur alhamdulillah hati aku sudah pun kembali pulih..
segala masalah dah hilang selepas berjogging petang tadi dekat templer rawang.
sambil ditemani oleh adik-adik, kak long dan keluarga dia..

kadangkala aku terfikir.. sampai bila kita nak fikir masalah yang entah bila nak selesai kan?
jadi, aku dah pun tekad, sebab hal ni berkaitan dengan diri aku sendiri..
dan aku harus selesaikan dengan cepat agar tidak membengkak suatu hari nanti..

dan kawan-kawan.. terima kasih atas nasihat anda semua tu..
sentiasa sematkan dalam fikiran.. terima kasih korang.. aku betul-betul rasa terharu dengan keprihatinan korang semua terhadap aku.. :')
tidak lupa juga pada parents aku yang sentiasa bagi semangat dan dorongan tika aku down teruk..
terima kasih umi ! terima kasih abah ! sayang kedua-duanya sampai akhir hayatku ...

oh lupa.. tengah hari tadi, kak long ajak aku dengan adik-adik pergi templer park..
sebab dah lama tak bawa diorang pergi ke sana.. so, alang-alang diorang pergi mandi situ..
aku dan adik aku yang form 2 ni, pergilah jogging kat situ..

yang nak dijadikan cerita, aku dengan syakira, adik form 2, boleh pergi makan nasi sebelum nak berjogging, jadi apalagi rasa sakit yang teramatlah masa berlari tadi.. hahaha..
gasak lah kan, siapa suruh pergi melantak makan nasi dengan aiskrim sebelum berlari..
belum pernah dibuat orang.. huehueheu..

konon-konon tadi nak buat 7 round, tapi aku boleh pancit pula, aku dapat buat sampai 6 round je.. fuh!! semput !! hehehe .. al-maklumlah dah lama tidak terbabit dengan sukan sejak dah habis sekolah ni.. badan pun dah berat.. kalau tahu dek kawan-kawan yang kenal aku .. mahu kena gelak dengan diorang.. wuhuhu~ >.<

lepas semua dah mandi, puas bermain .. kitorang pun kemas-kemas lah barang nak balik rumah.. tapi, sebelum tu nak hantar adik aku, akmal ni pergi kerja kat Peransang Templer.
dia masuk pukul 8, tengok jam masih awal.. dan abang iparku terus bawa kitorang semua pergi ke pasar malam kat jalan tunku Abdul Rahman.. dekat sana, macam-macam ada lah.. aku apalagi cuci-cuci mata kat situ.. tidak lupa, aku mesti akan beli something .. itu wajib bagi aku.. hehe.. dan aku tahu, kat luar sana semua girl sama je kan ? tidak sah kalau pergi kat shopping complex, kedai-kedai , dan mana -mana tempat yang sewaktu dengannya mesti akan beli something untuk korang.. betul tak ? haa.. jangan menidakkan .. ini realiti.. hahaha..

okay, bila dah puas berjalan, tangan pun dah penuh dengan barang-barang dan makanan..
kitorang pun pulang, sampai je rumah .. jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam..
huu~ letihnya badan ni.. balik je tadi , aku terus bantai landing baik punya kat katil.. dan...
alamak!! baru teringat .. makanan kegemaran aku LAKSA, dah memanggil-manggil aku untuk memakannya.. hehehe.. mana boleh tinggal .. wajib tu.. dan hari ni memang aku enjoy sangat-sangat !! :D

terluka..



tiap kali duduk bersendirian hati ini seringkali berkata-kata..
sampai bila aku harus menipu diri aku sendiri??
cuba mengelakkan apa yang dah terjadi.. suka memejamkan mata dan memekakkan telinga.. seolah-olah macam tiada apa yang berlaku..

diluar, mungkin orang selalu nampak aku tersenyum.. tapi hati yang terluka., tiada siapa pun yang tahu.. jangan ingat aku selalu gembira.. kadang-kadang aku pun ada menghadapi masalah.. tapi seboleh-bolehnya aku cuba menyorokkan apa yang berlaku.. aku tak nak orang sekeliling aku risau terutama mak ayah aku.. tapi semua buat macam tidak endah, suka menyakitkan hati aku..
kenapa? kenapa bila kita buat baik pada orang, tapi ini balasan yang kita dapat??

manusia.. memang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.. aku tahu..
kadang-kadang aku berlagak macam tiada apa yang berlaku..
tapi setiap apa yang kau lakukan itu.. sudah cukup membuatkan hati aku terluka..
cukuplah.. tolong jangan babitkan orang yang berada di sekeliling aku terkena dengan perbuatan kau tu..



satu pesanan dari aku.. ingatlah apa yang kau buat tu, suatu hari nanti akan berbalik pada kau..
aku harap kau sedar semula.. janji Allah itu pasti..
terima kasih atas segalanya..

Saturday, March 3, 2012

Selamat Hari Lahir Umi !!!


Assalamualaikum dan hai silent readers.. :)
entry kali ni adalah hal yang berlaku kelmarin.. maaf sebab lambat update.. saya sibuk. huhu..
pada hari khamis bersamaan 1 MAC 2012 merupakan hari lahir ibu aku. actually kat rumah aku memang panggil kedua ibubapaku dengan panggilan umi & abah. manja kan? hehe..

okey, berbalik pada tajuk, hari khamis lepas adalah hari lahir umi., jadi masa bangun dari tidur aku, aku terus turun bawah seperti hari-hari biasa , bantu umi macam biasa lah kan. Jadi aku sengaja peluk, cium dan wish hari lahir dia.. dan umi jadi kaget sekejap dengan perlakuan aku tu... hehehe.. mungkin terperanjat sebab aku tak beri salam terlebih dahulu.. then main terjah je .. selepas tu, umi pun tersenyum. Dan aku sempat pesan dekat adik-beradik aku supaya wish birthday umi..

Tapi kan.., masa hari khamis lepas aku ada kelas dari pagi sampai petang. Jadi tak dapat nak celebrate birthday umi.. Sedihnya .. T.T .. Tambahan pula, kakak-kakak dan abang-abang aku kerja pula.. to abang shahit -BILA NAK BALIK RUMAH ? Janji nak datang semalam .. adikmu dah rindu sangat tau! :(

So, kelmarin hanya sekadar ucapan saja yang dapat aku dan adik-beradik lain berikan.. hmm , takpelah.. Lagipun aku dah plan dengan kakak aku, nanti nak buat surprise untuk umi.. hehehe.. tunggu dan lihat saja. Walau apapun yang berlaku.. kitorang nak umi tahu yang anak umi semua ni sayang dekat umi sangat-sangat.. :')

Terima kasih umi, sebab melahirkan aku ke dunia ni, menjaga dan memberi didikan yang sempurna pada kitorang semua.. tanpa umi, aku tidak akan dapat melihat ciptaan Illahi yang indah ni. tiha sayang umi !! :')