kawan-kawan cik zara . ^^

Saturday, October 6, 2012

ABAH..

Assalamualaikum dan hai semua para-2 bloggy...

hari ini aku nak cerita sikit pasal seorang ayah. jujur lah aku katakan, aku paling-2 rapat dengan mak aku. kalau nak berkongsi segala masalah aku lebih suka bercerita dengan mak aku. mungkin sebab aku dan mak aku sama-2 perempuan, jadi senang untuk berkongsi segala cerita.. 

aku ni sebenarnya suka berceloteh dengan ayah aku. tapi kalau ada masalah, kadang-2 je baru nak kongsi. itupun tak semua. sebab perasaan aku tu lebih pada takut dengan ayah aku. nak kata ayah aku seorang yang garang, tidak.. ayah aku seorang yang bersifat terbuka, banyak ilmu agama dan sebagainya. tapi entah laa ...

tadi masa aku nampak ayah aku sorang-2, aku saja dekatkan diri, macam biasa aku suka mengusik kedua ibubapa aku. pantang betul nampak dua-2 bersendirian, nanti mesti aku nak kacau. haha.. aku saja cuba-2 tanya soalan, mula-2 satu, lepastu dua, dan seterusnya makin banyak pula. nasiblah ayah aku ni seorang yang penyabar.. sabar melayan kerenah anak-2 dia. aku bertuah mempunyai seorang ayah macam abah aku.

borak punya borak, tak sangka ayah aku ni seorang yang sangatttttt terbukaaaa.... semua sudut dia pandang positif. ya Allah ! selama ni aku tak perasan semua tu. mungkin aku banyak berkongsi dengan umi..

khas untuk abah, dari anakmu ....

abah ,
seandainya abah tahu, fatiha sayang sangat-2 dekat abah.. mungkin selama ni fatiha tak perasan yang abah seorang yang memahami dan sentiasa ambil berat akan semua anak-anak abah. sebab selalunya abah macam tak tunjuk sikap abah yang sebenar.. biasanya pun, fatiha selalu borak-borak biasa je dengan abah, kadang-2 je bila nak minta suatu pendapat baru nak cari abah. fatiha minta maaf kalau abah ada terasa hati dengan fatiha. sejujurnya, fatiha langsung tak ada niat nak buat abah terasa hati...

abah , 
terima kasih untuk selama ni.. abah banyak berkorban untuk anak-2 abah. fatiha kagum mempunyai seorang ayah macam abah. abah dengan umi dah banyak berkorban untuk membesarkan kitorang adik beradik yang seramai 13 orang ni. fatiha sangat kagum dengan kedua-duanya.

abah , 
terima kasih untuk tengah hari tadi juga., abah banyak bagi kata-kata semangat dan positif dalam diri ni. kalau abah tak tolong tadi, mungkin fatiha tak kuat macam sekarang. terima kasih abah.. :')

abah , 
fatiha harap sangat semoga umur umi dan abah masih panjang. fatiha amat memerlukan kedua-duanya buat masa ni.. tanpa umi dan abah, fatiha tak kuat. mungkin fatiha akan tersalah pilih jalan. itu tak mustahil.. tapi fatiha bersyukur.. sebab umi dan abah sentiasa pantau semua adik beradik., umi dan abah sentiasa berlaku adil. fatiha tahu, semua mak ayah kat dalam dunia ni mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya..




p/s : maaf.. malam ni perasaan terlebih emosi pula. apapun selamat malam semua. terima kasih kepada yang sudi menjadi follower blog yang tidak lah seberapa ni. :)


10 comments:

  1. sama la kita zara, kalau ada mslh tertentu baru cerita dengan my daddy.. ena selalu peluk my daddy, saja bagi dia terkejut... tapi bila ena peluk my daddy, sebak terasa sebab monolog dalam diri " apakah jadi pd diri ku kalau mereka ni dah pergi dalam hidup ku, mampukah aku hidup gembira?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg-2 kita tak sedar bahawa ayah kita sentiasa prihatin dengan semua anaknya. apapun, ena banyakkan berdoa utk kedua ibubapa ena ye. hargailah masa yang ada dan gembirakan mereka sementara mereka masih hidup ni. :)

      Delete
    2. sorry menyampok... betul tu, selagi mereka ada hargai lah mereka dan jangan lah sia-siakan mereka..dengan masa sekarang ni lah mereka perlukan kasih sayang kita sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir..
      zaman sekarang ni anak-anak dah mula lupakan jasa mak ayah mereka dan ingin hidup bebas dengan kawan-kawan, itu semua sementara bila kita senang kita akan ramai kawan dan bila kita susah sikit demi sikit kawan kita akan tinggalkan kita dan akhirnya mak ayah kita juga kita cari, walau macam mana pun mereka tetap mak ayah kita yang sentiasa sayangkan kita..
      SAYANGILAH MEREKA SEBELUM TERLAMBAT..

      Delete
  2. Pandai awak buat design :) Walaupun tak terima apa-apa bayaran janji iklas, puas hati dengan hasil terbaik dari diri sendiri :)


    Lebih rapat dengan mama, tapi always tetap sayang papa :)



    Nota kaki:
    AsiaCube menawarkan perkhidmatan untuk bertukar like,pengikut serta trafik :)
    Lawati AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site! untuk pendaftaran percuma :)
    Muat turun panduan ringkas AsiaCube : Tutorial AsiaCube
    Tonton Video AsiaCube : Tonton Video AsiaCube

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. :) yg penting kita kena adil dengan kedua-2 nya sekali .. :)

      Delete
  3. zara cerita pasal abah..neesa pun teringt abah kite..rindu kat die..dh 2 bln lebih xjumpe die.. ntah mcm mna la keadaan die..abah kite gi india. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang neesa dah okey kan ? :) apapun, bila kita semakin menginjak dewasa, kasih sayang pada kedua ibubapa kena sentiasa ada. sebab mereka dah byk jasa membesarkan dan mendidik kita. sentiasa doakan mereka selalu. :)

      Delete