kawan-kawan cik zara . ^^

Sunday, June 3, 2012

sahabat sejati ?



assalamualaikum...
hari ni selepas bangun pagi, macam biasa aku akan turun bawah dan tengok apa yang ada kat dapur...
memandangkan pagi2 subuh lagi umi dah keluar dengan abang aku pergi hantar adik aku kerja sebab dia masuk pukul 6, jadi aku masaklah nasi goreng.. *tekak aku ni dah tak tahu nak makan apa.. jadi masaklah yang simple2 je.. janji sedap.. wawawa.. sedap ke? :P 
selepas tu, aku pun kemas2 lah rumah, ajak adik2 aku sekali latih diorang semua buat kerja.., senang untuk masa depan masing-masing juga kan, tak rugi kalau menolong.:) 
okay, berbalik pada tajuk.. :) 
apa maksud sahabat sejati? bagi aku lah.. sahabat sejati merupakan teman yang paling rapat dengan kita, sudi menghulurkan bantuan saat kita memerlukan pertolongan, dapat berkongsi masalah, selalu buat kita gembira, dan macam2 lagi yang boleh kita huraikan. ia bergantung pada individu masing2 kan bagaimana nak huraikan maksud tersebut.. ;)
yeah, sekarang aku betul2 dalam mood gembira.. sebab walaupun kawan rapat aku jauh, ada kat terengganu., tapi aku bersyukur sebab Allah telah mengurniakan sahabat sejati pada aku disini.. kebetulan rumah pun dekat.. jadi senang nak berjumpa. tapi ni bukan bermaksud aku lupakan kawan rapat aku yang berada jauh tu, nabila nama dia.. aku sentiasa ingat dia., tak pernah lupa. walaupun dia jauh di mata, tapi dia sentiasa dekat di hati aku.. *aku sayang kau iela. ! :)
sekarang, tiap kali aku sedih, aku sudah ada tempat nak mengadu (parents lainlah.. hari2 aku berkongsi masalah dengan mak aku. tapi ni yang satu kepala dengan aku.. lebih senang kawan yang seusia kita.) jadi dia sentiasa bagi nasihat yang baik2, kata2 semangat dan sebagainya..
orang nya jenis yang ringan tulang, hormat orang tua dan paling penting dia adalah yang jenis kuat agama.. :)
aku betul-betul senang berkawan dengan dia, kebetulan hari lahir kitorang beza satu hari je.. jadi, apa yang aku fikir , sikap aku dan banyak lagi lah sama je dengan dia. cuma kalau bab makan tu ada lah perbezaan disitu.. hehe.. mak ayah aku pun senang dengan sikap dia.aku harap persahabatan yang kitorang jalinkan kekal sampai ke akhir hayat..eh2, lupa nak introduce dia, haa.. nama kawan aku tu Lukhman. :)
note: kalau kau dah kahwin nanti, jangan lupa kawan kau yang kechik ni tau! aku sayang kau macam abang aku. :)

8 comments:

  1. Untung dy dpt kwn mcm zara.. Awwww.. btl2, kite perlukan kwn utk dikongsikan mslh bersme.. tp tak semua kwn mahu mndengarnya... semoga hubungan pershbtan zara dengan kwn2 zara... ^.^

    ReplyDelete
  2. aminn.. thanks enaa.. zara pun harap ena dapat kwn yang sejati juga.. :)

    ReplyDelete
  3. untung dapat kawan yang sejati :) persahabatan lebih indah..

    ReplyDelete
  4. NadNod , betul.. insya Allah one day nad akan dapat juga kwn yang sejati .. :)

    ReplyDelete
  5. kwn umpama belon, apabila kita sudah memegangnya, peganglah erat2 sbb klu terlepas, susah kita nk temuinya semua.. hidup kita di dunia ni, memerlukan kwn ntuk dijdikan peneman dlm hidup kita selain ibu bapa dan kuaga kita... I love to be ur fren dear zara

    ReplyDelete
  6. betul.. tapi yuyu kurang berkongsi masalah dgn kawna2. lebih suka pendam.. haha.. last2 sendiri tekanan..

    ReplyDelete
  7. haha..mmg sonok dapat kawan rapat!!becoz there always for u anytime n anywhere..syiookk..haha:-P

    ReplyDelete