kawan-kawan cik zara . ^^

Saturday, March 17, 2012

penat tapi seronok ..

assalamualaikum dan hai readers..
malam ni aku rasa gembira sangat.. syukur alhamdulillah hati aku sudah pun kembali pulih..
segala masalah dah hilang selepas berjogging petang tadi dekat templer rawang.
sambil ditemani oleh adik-adik, kak long dan keluarga dia..

kadangkala aku terfikir.. sampai bila kita nak fikir masalah yang entah bila nak selesai kan?
jadi, aku dah pun tekad, sebab hal ni berkaitan dengan diri aku sendiri..
dan aku harus selesaikan dengan cepat agar tidak membengkak suatu hari nanti..

dan kawan-kawan.. terima kasih atas nasihat anda semua tu..
sentiasa sematkan dalam fikiran.. terima kasih korang.. aku betul-betul rasa terharu dengan keprihatinan korang semua terhadap aku.. :')
tidak lupa juga pada parents aku yang sentiasa bagi semangat dan dorongan tika aku down teruk..
terima kasih umi ! terima kasih abah ! sayang kedua-duanya sampai akhir hayatku ...

oh lupa.. tengah hari tadi, kak long ajak aku dengan adik-adik pergi templer park..
sebab dah lama tak bawa diorang pergi ke sana.. so, alang-alang diorang pergi mandi situ..
aku dan adik aku yang form 2 ni, pergilah jogging kat situ..

yang nak dijadikan cerita, aku dengan syakira, adik form 2, boleh pergi makan nasi sebelum nak berjogging, jadi apalagi rasa sakit yang teramatlah masa berlari tadi.. hahaha..
gasak lah kan, siapa suruh pergi melantak makan nasi dengan aiskrim sebelum berlari..
belum pernah dibuat orang.. huehueheu..

konon-konon tadi nak buat 7 round, tapi aku boleh pancit pula, aku dapat buat sampai 6 round je.. fuh!! semput !! hehehe .. al-maklumlah dah lama tidak terbabit dengan sukan sejak dah habis sekolah ni.. badan pun dah berat.. kalau tahu dek kawan-kawan yang kenal aku .. mahu kena gelak dengan diorang.. wuhuhu~ >.<

lepas semua dah mandi, puas bermain .. kitorang pun kemas-kemas lah barang nak balik rumah.. tapi, sebelum tu nak hantar adik aku, akmal ni pergi kerja kat Peransang Templer.
dia masuk pukul 8, tengok jam masih awal.. dan abang iparku terus bawa kitorang semua pergi ke pasar malam kat jalan tunku Abdul Rahman.. dekat sana, macam-macam ada lah.. aku apalagi cuci-cuci mata kat situ.. tidak lupa, aku mesti akan beli something .. itu wajib bagi aku.. hehe.. dan aku tahu, kat luar sana semua girl sama je kan ? tidak sah kalau pergi kat shopping complex, kedai-kedai , dan mana -mana tempat yang sewaktu dengannya mesti akan beli something untuk korang.. betul tak ? haa.. jangan menidakkan .. ini realiti.. hahaha..

okay, bila dah puas berjalan, tangan pun dah penuh dengan barang-barang dan makanan..
kitorang pun pulang, sampai je rumah .. jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam..
huu~ letihnya badan ni.. balik je tadi , aku terus bantai landing baik punya kat katil.. dan...
alamak!! baru teringat .. makanan kegemaran aku LAKSA, dah memanggil-manggil aku untuk memakannya.. hehehe.. mana boleh tinggal .. wajib tu.. dan hari ni memang aku enjoy sangat-sangat !! :D

2 comments:

  1. wahhh seronoknyew jogging bersma family kat Templer rawang...xde gambar ke???? teringin nk tgok..huuuuuuuuu... keep it up!!! yeayyy!

    ReplyDelete
  2. Lady Ainaa, hee~ takde lah dear .. malas nak upload ... wurait.. thanks ye sweetie :D

    ReplyDelete