kawan-kawan cik zara . ^^

Friday, September 28, 2012

RANDOM...

Assalamualaikum.....





























sesungguhnya saat-saat yang paling membahagiakan adalah bersama dengan keluarga sendiri, dan saudara-mara yang memahami diri kita dan juga kawan-kawan yang boleh bersama saat kita susah mahupun senang.

jadi, hargailah tiap detik yang ada, walaupun seminit sekalipun. tidak rugi kalau kita cuba membahagiakan orang di sekeliling kita.

 tapi jujur aku katakan, kawan sering datang dan pergi. ( tak semua yang macam tu kan? :) ) tapi keluarga sentiasa bersama saat susah mahupun senang, normal kalau ada pertelingkahan antara adik beradik, tapi ia mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. sebab masing-masing keluar dari perut yang sama kan? :)

aku rindu saat-saat ini, tapi masa yang dah berlalu tidak akan berulang, tetapi kita harus usaha yang terbaik dari masa ke semasa. 

kesimpulannya, hargai tiap orang yang pernah hadir dalam hidup kita dengan seikhlas hati dan belajar menerima kekurangan dia, jangan merungut sebab Allah tahu apa yang terbaik bagi kita. percayalah, kalau kita sabar dan redha dengan apa yang Allah beri, nescaya kita akan dapat ganjaran yang kita tidak akan sekali memikirkannya. Subhanallah !

2 comments:

  1. betul2, tak rugi pun kalau kita bhgiakan org keliling kita.. Allah itu Maha Adil... melihat gambar2 zara ni, ena tersenyum,.. nampak tak mainan dia?? ahakx... happy family and relatives darling

    ReplyDelete