kawan-kawan cik zara . ^^

Friday, March 29, 2013

Kehidupan baru bersama azam baru..

Assalamualaikum, dan selamat tengah hari ...

Hmm, agak lama aku senyap macam tu, tiba-tiba harini datang mood nak mengupdate blog. Bila aku renungkan semula, telah banyak berubah dalam diri aku. Baik dari segi sikap, pemikiran dan segala-segala nya lah. Tapi kawan-kawan aku tidak lupakan. Aku sangat-sangat hargai persahabatan kalian, dan aku juga tidak lupa dekat kawan-kawan yang pernah ada dengan aku saat aku susah mahupun senang.

okey, okey... bunyi macam sedih je kan ayat kat atas tu.. tapi itulah yang aku rasakan. Sekarang aku sibuk dengan kerja, ye.. aku sekarang sibuk sampaikan macam takde masa nak luangkan bersama kawan-kawan sekolah dan kolej. Tapi itu tak bermakna aku sombong, okey ? :)

Sudah lama aku menunggu saat-saat itu, akhirnya aku dapat habiskan diploma aku dengan lancar. Syukur dengan segala pemberian yang Allah beri. Aku sangat hargai bantuan dari semua tenaga pengajar Kolej Asa, dan kawan-kawan di situ. Tanpa korang mungkin aku tak dapat apa yang aku ada sekarang ni. :')

dekat 2 1/2 tahun tunggu, akhirnya berbaloi semua penat lelah aku selama ni. :')


Dan terutama sekali umi dan abah... sering bagi aku semangat saat aku rasa down dalam diri aku ni. terima kasih sekali lagi, aku sayang semua orang yang ada di sekeliling aku ni. :')

hmm, lagi 3 hari aku nak tinggalkan job yang sekarang ni, mungkin aku akan merindui semua kawan-kawan dan suasana tempat kerja yang aku alami saat ni. Tapi banyak memori yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Macam mana perasaan kena marah dengan customer, semua tu pengajaran bagi aku. Lagipun, pengalaman tu juga yang menjadikan diri kita matang untuk hadapi masa akan datang. Aku hargai semua tu. :)

Dan selepas tu, aku akan teruskan cita-cita aku sebagai seorang akauntan. Doakan aku ye korang. :) Minggu depan dah kena lapor diri sebagai penolong akauntan. Alhamdulillah .., mudah-mudahan aku dapat hadapi semua dengan tenang. Insya Allah..

Ha, sebelum aku lupa, haritu masa awal tahun, aku ada terlibat dengan satu program ni, nama program tu HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI, ANDA BIJAK JAUHI ZINA dan secara tak langsung aku jadi fasilitator dalam program tu. Alhamdulillah, aku dapat lakukan yang terbaik walaupun diri aku tidak lah sempurna sangat. :) Dan saat yang aku tak boleh lupakan masa bacaan ikrar tahun baru.. Subhanallah! Perasaan tu rasa lain saat mereka menyebut nama Allah, Rasullullah SAW, Al- Quran dan As sunnnah. Aku akan ingat janji aku masa tu..

Ni ada pic masa program tu, tapi tak banyak la..

ni masa last program tu.. ramai kan? :)

ni slogan yang aku paling suka.. :)


masa ni rehat dengan anak-anak buah

Dan, soalan-soalan ni lah yang aku tak boleh lari. Kemana aku pergi mesti orang akan tanya soalan cepumas ni. Buat sepupu-sepupu aku, dikshu dan syikin tahniah sebab tak lama lagi korang akan melangsungkan perkahwinan. :) Aku ?? Hmm, insya Allah kalau dah sampai seru aku memang tak boleh larikan diri lagi kan? hehe .. Apepun, doakan yang baik-baik untuk aku ye.

okey, rasanya sampai sini sajalah yang aku boleh ceritakan.. Insya Allah, jika umur aku masih panjang dan mood untuk menulis tu datang, aku akan rajinkan diri untuk mengupdate blog yang tak seberapa ni..

p/s : kepada semua kawan-kawan yang aku kenal, All the best in your future planning! :)



7 comments:

  1. wahh tahniah syg! bestnyaaa dah habis study.. ena je lmbt lg.. lg 5 tahun... hurmmmmm apapun, am happy for ya zara...

    ReplyDelete
  2. Assalam,
    Jalan2 singgah blog cute ini.

    ReplyDelete
  3. wah akak fasi ;)

    btw, semoga jadi akauntan.
    n one more, selamat berpuasa :)

    ReplyDelete